Salam perkenalan dari saya.. Ini kali
pertama saya menulis blog.. Saya berasa sangat teruja dan sedikit gugup.
Izinkan saya memperkenalkan diri saya serta menceritakan sedikit tentang diri
saya. Saya bernama Rosniaida binti Mohamad. Boleh panggil Aida atau
Cikgu Aida..
Saya mendapat Diploma Pendidikan di
Institut Perguruan Raja Melewar di Negeri Sembilan dalam bidang Prasekolah
Pengajian Melayu. Sekarang saya menyambung pengajian ijazah dalam bidang
Pendidikan Awal Kanak-kanak (B.ECE) di "Management Science University".
Saya bermula sebagai seorang guru di SK
Sementa, Kapar, Klang, Selangor dari tahun 2006 sehingga Jun 2010. Kini
saya berkhidmat sebagai Guru Prasekolah di SK Kok Pasir dari Jun 2010 hingga
sekarang. Sepanjang saya berkhidmat di SK Kok Pasir, Prasekolah kami
iaitu Prasekolah Bestari telah berjaya memperoleh '5 Bintang' dalam
"Penarafan Prasekolah Berbintang" Peringkat negeri Kelantan pada
tahun 2012.
Minat saya yang cukup mendalam dalam
bidang keguruan telah membawa saya memilih bidang perguruan berbanding dengan
pekerjaan lain. Antara sebab-sebabnya adalah saya "Suka Kepada
Kanak-kanak". Saya mahu mendidik mereka dengan baik supaya mereka
berjaya dalam pelajaran dan menjadi aset negara.
- Kanak-kanak
seorang yang telus, lurus, tidak pandai berbohong.
- Ingin
meneroka dunia kanak-kanak yang pelbagai ragam, suka melihat kerenah
kanak-kanak yang lincah ceria dan manja.
- Ingin
mendidik mereka kerana pemikiran mereka masih bersih, suci, mudah
dilentur.
Ragam kanak-kanak yang pelbagai
menghiburkan terutama bila ada persembahan pentas, sesi bercerita, sambutan
hari kanak-kanak dan sebagainya.
Satu perkara yang buat saya rasa best
sangat jadi cikgu prasekolah bila ada ibu bapa datang bagitahu betapa pandainya
anak dia...sebelum ni tak pandai mengeja, sekarang dah boleh membaca dengan
lancar. Betapa puasnya hati saya..seronok sangat jadi cikgu
prasekolah..sebab anak-anak kecik itu sering menjadi penghibur hati...biarlah
pihak atas buat perangai.. bila jumpa kanak2 tu jadi sejuk hati.. hurm.. :)
hargailah guru anda...
No comments:
Post a Comment